Jin Larang Tidur Bersama Isteri ceraikan suami.

Gambar hiasan
Seorang suami mendakwa dia menceraikan isterinya yang baru dikahwini selama empat hari gara-gara isterinya sering dirasuk jin.

Lebih parah, lelaki warga Dubai itu mendakwa isterinya enggan melakukan sebarang hubungan terlarang bersamanya kerana jin itu melarang  tidur bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi  Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820) kepada isterinya kerana membuat keputusan ingin bercerai.

Bagaimanapun,  Mahkamah Rayuan di sana akhinya membenarkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi berikutan alasan isterinya sering dirasuk jin.

Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.

Namun, bomoh tidak dapat merawat isterinya mahupun mengusir jin berkenaan kerana mendakwa ia ‘terlalu kuat’.

Sebelum ini, isterinya pernah memberitahu pihak mahkamah bahawa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata. 
Jin Larang Tidur Bersama Isteri ceraikan suami.
Item Reviewed: Jin Larang Tidur Bersama Isteri ceraikan suami. 9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.
Emoticon? nyengir

Berkomentarlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^

Komentar Terbaru

Just load it!